Mediaklik

MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 KEPADA SETIAP PELAJAR SEKOLAH


Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak sekolah dan bermastautin di Negeri Sembilan mohon Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2022 yang ditawarkan.

Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 Disember sehingga 15 Mac 2022 dengan menghantar borang permohonan dan dokumen di kaunter Pejabat Agihan MAINS Daerah berhampiran. Permohonan adalah terbuka kepada murid-murid Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. 






TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Disember 2021 hingga 15 Mac 2022


SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara atau pemastautin tetap beragama Islam

2. Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun

3. Terbuka bagi golongan B40 dan bantuan tertakluk kepada pendapatan isi rumah serta bilangan anak yang bersekolah

4. Merupakan murid sesi persekolahan berikut:

  • Pra Sekolah: Berumur 6 tahun sahaja
  • Sekolah Rendah: Tahun 1 – 6 sahaja
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1 – 5 sahaja


CARA PERMOHONAN

1. Sila dapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter Pejabat Agihan MAINS Daerah berhampiran atau muat turun di bawah.


2. Sediakan dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
  • Salinan MyKid/ MyKad/ sijil kelahiran tanggungan
  • Salinan sijil nikah/ sijil cerai/ sijil kematian (jika berkenaan)
  • Salinan penyata akaun bank/ pengesahan akaun bank
  • Slip gaji/ pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika bekerja)
  • Salinan bil air & elektrik semasa tempat tinggal pemohon

Hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas pada tempoh permohonan yang ditetapkan ke Pejabat Agihan MAINS Daerah berhampiran.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman mains.gov.my

Add comment