Mediaklik

MOHON BANTUAN PSU 5.0 SEBANYAK RM600 SELAMA 3 BULAN KEPADA SETIAP PEKERJA


Pihak kerajaan telah menambahbaik PSU 3.0 dengan melibatkan semua sektor di setiap negeri PKP. Namun bagi pengenalan PSU 5.0, kerajaan mensasarkan bantuan ini kepada majikan dalam sektor pelancongan sahaja memandangkan sektor ini yang paling teruk terjejas.
Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.









KADAR BANTUAN PSU 5.0

Kadar bantuan melalui Program Subsidi Upah 5.0 akan diberikan sebanyak :

  • RM600 setiap pekerja selama 3 bulan

Bantuan ini dimaklumkan akan memanfaatkan 26,000 majikan dan 330,000 pekerja yang berkelayakan.



TEMPOH PERMOHONAN PSU 5.0

Permohonan Program Subdisi Upah (PSU 5.0) dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022


SYARAT KELAYAKAN 

1. Pengusaha Sektor Pelancongan yang mengalami 30% penurunan hasil

2. Tiada had gaji pekerja untuk program ini dan terhad untuk pekerja seramai 500 orang setiap syarikat

3. Majikan memasukkan maklumat subsidi upah dalam slip gaji pekerja.



SENARAI SEKTOR YANG LAYAK PSU 5.0

PSU 5.0 adalah ditawarkan kepada majikan dalam sektor berikut:






CARA PERMOHONAN

Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0). Sila buat permohonan melalui pautan:



Sediakan dokumen sokongan

  • Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  • Akuan Pengisytiharan PSU 5.0


Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.)


Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 16 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan. Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar di bawah satu SSM/ ROB/ ROC/ PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.


Untuk sebarang aduan dan pertanyaan, sila layari di pautan eaduansip.perkeso.gov.my/

Add comment