Mediaklik

PEMBERIAN BANTUAN TABLET & LAPTOP PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH BERMULA SEPTEMBER INI!


Ketika pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif seperti kemudahan komputer riba, tablet serta data internet secara percuma bagi meringankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membiasakan diri dengan norma baharu untuk meneruskan pembelajaran di atas talian..

Kemudahan tersebut disediakan melalui Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah (B40). 





MAKLUMAT BANTUAN TABLET DAN KOMPUTER

Yayasan Hasanah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif CERDIK ini membabitkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PETRONAS.


Pemberian bantuan komputer & tablet ini akan melibatkan :
  • 150,000 murid di 500 buah sekolah



TARIKH PEMBERIAN BANTUAN PERCUMA

Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan pengagihan peranti ini bermula:

  • Peringkat Utama: Februari 2021
  • Peringkat Kedua : Mei 2021 (50,000 pelajar)
  • Peringkat Ketiga : Akhir September 2021 (100,000)

Setakat ini, 13,000 peranti telah diedarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri dan lebih 1,000 pelajar telahpun menerima peranti mereka.



JENIS PERANTI YANG DIBERIKAN

Pelajar yang layak akan menerima:
  • Komputer riba dengan spesifikasi Intel i3 atau setara dan ke atas, ATAU;
  • Ipad dengan Cip Bionic A12


PENYEDIAAN DATA YANG DISAMBUNGKAN

Peranti dibekalkan dengan sambungan :
  • Kad SIM yang didaftarkan di bawah nama ibu bapa atau penjaga murid.
  • Rangkaian 3G/4G dengan data internet sebanyak 15GB sebulan untuk tempoh minimum 12 bulan.


CARA BUAT PERMOHONAN 

1. Untuk makluman, bantuan tablet dan laptop percuma ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan. 

2. Peranti akan diedarkan kepada murid yang berkelayakan di sekolah yang terpilih dan akan dimaklumkan kepada penerima sebelum tarikh pengagihan.


Pihak mereka sedang bertungkus lumus dengan semua pihak bagi mempercepatkan kadar pengedaran. Usaha itu akan dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran atas talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

 

1 comment

  • saya nk tablet ngan laptop untuk anak2…susah guna satu hanpon je…potostet lagi…..haih..😓…boleh ke?…SKBTP..SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI RAWANG,SELANGOR