Mediaklik

[RASMI] BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM500 KEPADA RAKYAT YANG HILANG PEKERJAAN AKIBAT PKP 3.0


Memahami masalah rakyat yang hilang punca pendapatan kerana hilang pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa 1 sehingga 12 Julai 2021 nanti, pihak kerajaan telah menyediakan satu bentuk bantuan yang akan membantu rakyat daripada golongan ini.

Bentuk bantuan yang bakal dimanfaatkan oleh rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri adalah Bantuan Kehilangan Pendapatan. Bantuan Kehilangan Pendapatan ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang hilang pekerjaan serta pendapatan buat masa kini.





KADAR BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Individu yang layak akan menerima bantuan sebanyak :

  • RM500



TARIKH PEMBERIAN BANTUAN

Bantuan yang akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli ini akan disalurkan pada :

  • bulan Oktober 2021



SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

  • Pekerja yang hilang pendapatan
  • Berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021


Maklumat tambahan atau maklumat terbaru mengenai Bantuan Hilang Pekerjaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Pihak kerajaan faham bantuan perlu terus dipertingkat selagi kemelut ini berlanjutan bagi kelangsungan hidup rakyat malaysia.

Add comment