Mediaklik

MOHON INSENTIF KEWANGAN SEHINGGA RM800 KEPADA GOLONGAN B40


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menyambut baik keputusan pihak kerajaan untuk menambah baik bantuan dan insentif kewangan yang disediakan untuk majikan dan para pekerja.

Selaras dengan pengumuman tersebut, pihak PERKESO akan menambah baik insentif Pengekalan Pekerja dan Penggajian yang akan memanfaatkan pekerja serta individu yang hilang pekerjaan.





TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi bantuan insentif ini adalah: 

  • 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021


INSENTIF PROGRAM KERJAYAGIG

Insentif Pekerja

1. Program KerjayaGig menyediakan insentif kepada pekerja sehingga tempoh maksimum 6 bulan yang berdaftar di bawah PERKESO seperti berikut:

  • RM600 sebulan 

2. Kepada individu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah program KerjayaGig:
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO diberhentikan kerja
  • Pencari kerja dari golongan rentan (i.e Pencari kerja yang berdaftar di bawah e-Kasih)
  • Menunjukkan pembuktian aktiviti pekerjaan 15 jam bekerja dalam seminggu bagi setiap bulan permohonan melalui Log Aktiviti Gig untuk menerima bayaran berikutnya. 
  • Melaporkan kepada pihak PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam


Insentif Majikan

Platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek akan menerima insentif secara one off bagi setiap pekerja iaitu :

  • RM200 


CARA PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan panduan melakukan permohonan bagi menerima insentif ditawarkan:


Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)

  • Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  • Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
  • Hantar permohonan KerjayaGig melalui sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja
  • Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari


Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  • OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan
  • OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan
  • Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua)
  • OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my


Pihak kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta yang akan memanfaatkan 60,000 pekerja. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan fleksibiliti pasaran buruh semasa terutamanya dalam sektor pekerjaan sendiri serta mengurangkan kadar dan tempoh pengangguran di negara ini. 

2 comments

  • Banyaknya Bantuan Bantuan di laksanakan oleh Perkeso. Tapi bila saya minta Bantuan dari Perkeso selepas "Bypass surgery" saya, Di mana tak dapat berkerja lagi pasal kesihatan saya semakin merosot, Perkeso tak bertimbang rasa langsung. Saya applied tiga kali tapi semua di reject! Saya adalah pecuruman Perkeso selama lebih kurang 20 tahun, tapi bila kesihatan saya tak berapa baik, Perkeso abai application saya. Sungguh sedih sekali saya seorang Warga emas bujang lapuk!!

  • bantuan kpd bjang umum ,tpi 1pon xdpt,,ingt induvidu bujang ptng,jgn jdi pkr,,dpt trus jdi lancau ,nk bntu bkn ad syrt sshh kn rkyt,,ckp ikot data lhdn,,aku ni hlng kje nk mnta bntuan kna online,,duit nk mkn xde,,jdi kerjan tmy sblm ni ok,,bila bn tkr trus jdi sial,,btl la ,sshkn rkyt,,pdng msyr jwb,,baik kje dri hrp bntuan mcm bbi