Mediaklik

TEBUS BAUCAR BERNILAI RM100 MELALUI SHOPEE BERMULA 22 OKTOBER INI!


Pada 9 September, Loy Sian memaklumkan Kerajaan Negeri menyediakan 10,000 Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 bagi merancakkan aktiviti sektor berkaitan susulan Selangor beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Loy Sian berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan berkenaan dengan setiap baucar bernilai RM100 yang boleh digunakan mulai Oktober depan.Penduduk Selangor disaran tidak melepaskan peluang mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini.




TUJUAN BAUCAR PELANCONGAN SELANGOR

Tujuan pemberian Baucar Pelancongan Selangor kepada rakyat negeri ini adalah:

1. Kerana buat masa ini kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan selain merancakkan industri pelancongan dalam Selangor

2. Baucar ini disediakan bagi merancakkan aktiviti sektor berkaitan susulan Selangor beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).


NILAI PELANCARAN BAUCAR

Exco Pelancongan Hee Loy Sian berkata baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai:

  • RM100

Baucar ini akan dilancar pada Oktober dan boleh digunakan serta-merta selain keistimewaan diberi untuk rakyat Selangor sahaja.



SYARAT KELAYAKAN
1.Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad)
2. Umur 18 tahun ke atas pad atahun 2021
TERMA DAN SYARAT
Baca terma dan syarat penebusan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di bawah:
1. Tempoh Kempen / Tempahan: 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021;

2. Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022
3. Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU (1) transaksi setiap baucar sepanjang Tempoh Kempen.
4. Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang Tempoh Kempen.
5. Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ SAHAJA.
6. Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.
7. Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa Tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal.
8. Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
9. Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.







CARA DAPATKAN BAUCAR

Baucar tersebut hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.

Pengagihan membabitkan 10,000 baucar untuk:

  • Menginap di hotel
  • Taman tema
  • Inap desa berlesen

MAKLUMAT LANJUT

Add comment