Mediaklik

MOHON BANTUAN TAMBAHAN SEBANYAK RM250 KEPADA RAKYAT MALAYSIA TIADA PENDAPATAN TETAP

KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai iSaraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan. Selain itu, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu. Seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih. Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah.




FAEDAH I-SARAAN KWSP

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Bantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP



SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan
  • Orang yang bekerja sendiri *(Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)


KATEGORI ORANG BEKERJA SENDIRI

1. Petani/ nelayan/ pemandu teksi

2. Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown

3. Pengasuh bayi

4. Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)

5. Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)

6. Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan

7. Pemilik perniagaan dalam talian (online business)

8. Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)

9. Suri rumah

10. Pekerja pencen

CARA PERMOHONAN

Kepada yang berminat untuk memohon i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen di bawah :


1. MyKad

2. Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama sahaja) : KWSP 16G

3. Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran) : KWSP 6A

4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunan borang tidak diperlukan)

5. Minimum pembayaran – Tiada had

6. Maksimum pembayaran – RM 60,000 setahun untuk semua pencarum



Nota :

Jika anda seorang suri rumah, anda hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui talian : 03-896226000

Add comment