Mediaklik

MOHON INSENTIF KEWANGAN SEBANYAK RM800 KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM BEKERJA


Program Perantisan PERKSEO di bawah Pemerkasa ini adalah program yang ditambah baik dibawah PenjanaKerjaya 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini setelah mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

Namun, Program Perantisan PERKSEO dibawah Pemerkasa telah ditambah baik bagi tempoh 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi khusus kepada para belia yang masih belum mempunyai pekerjaan.





INSENTIF PROGRAM PERANTISAN

Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Permohonan Baru)
Tempoh : 6 bulan
Jumlah Insentif : RM800
Tarikh Permohonan : 1 April 2021


Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan daripada Perantisan Asal)
Tempoh : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
Jumlah Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama) / RM600 (3 bulan lanjutan)
Tarikh Permohonan : 15 April 2021



SYARAT PERMOHONAN


Syarat Majikan

Syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18–30 tahun.
  • Majikan boleh menggajikan mana–mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.


Syarat Perantis

Syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
  • Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.


CARA PERMOHONAN

Majikan

Majikan perlu membuat permohonan seperti berikut:

1. Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang 
2. Buat permohonan insentif di laman sesawang 



Perantis

Perantis  perlu membuat permohonan seperti berikut:

1. Memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman sesawang


MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut tentangProgram Perantisan PERKSEO Pemerkasa, sila hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau menghantar email perkeso@perkeso.gov.my.

Add comment