Mediaklik

MOHON BANTUAN PEMBELIAN TELEFON PINTAR RM300 UNTUK SETIAP ISI RUMAH


Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Menerusi Program Jaringan Prihatin, individu dari golongan isi rumah B40 yang berpendapatan bawah RM5000 layak menerima bantuan sebanyak RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi bagi tujuan menampung sebahagian kos harga pembelian telefon bimbit baru atau langganan pakej internet.





TARIKH PENDAFTARAN

Sebelum ini, tarikh pendaftaran telah ditetapkan pada 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Namun, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga :

  • 30 September 2021



SENARAI SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Program Jaringan Prihatin melibatkan kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu :
  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Mcalls
  • redONE
  • speakOUT
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • YES
  • Yoodo



SYARAT KELAYAKAN

Program Jaringan Prihatin mensasarkan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)


PAKEJ DITAWARKAN MENGIKUT KATEGORI

1. Berkahwin atau ibu/bapa tunggal dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan


2. Bujang atau berkahwin dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.


CARA PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 

Penerima BPR boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat komunikasi pilihan masing-masing. 



Penerima tidak boleh:

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.

Add comment