Mediaklik

MOHON BANTUAN KERAJAAN SEBANYAK RM200 KEPADA GOLONGAN B40 & M40


Kerajaan Negeri Sarawak menawarkan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) untuk pesakit buah pinggang kumpulan B40 dan M40 dengan pendapatan yang layak mengikut paras garis kemiskininan semasa. 

Kepada pesakit buah pinggang atau ada tanggungan yang mempunyai penyakit ini, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar borang permohonan ke alamat ditetapkan. Pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan untuk tujuan klinikal dan sokongan rawatan pesakit.





JENIS BANTUAN DISEDIAKAN

Berikut adalah jenis bantuan yang akan diberikan kepada pesakit yang layak:


1. Bantuan Klinikal

a) Pemasangan AVF RM3,000 (1 kali)

b) Rawatan Hemodialisis
  • Pusat Rawatan NGO RM100/sesi (13 sesi sebulan)
  • Pusat Rawatan Swasta RM200/sesi (13 sesi sebulan)

c)Suntikan EPO RM240/sebulan mengikut keperluan sebulan

d) Rawatan CAPD RM2,800/ sebulan (keperluan sebulan)



2. Bantuan Sokongan

a) Bantuan Pengangkutan RM50/sesi 13 sesi sebulan

b) Bantuan Transplan RM5,000 (1 kali)



SYARAT KELAYAKAN

1. Tiada had umur

2. Pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K” dan menetap di Sarawak

3. Bukan penjawat awam, pesara awam dan pencarum PERKESO

4. Tergolong dalam Kumpulan B40 atau M40 dengan pendapatan per kapita tidak melebihi RM1020.00 sebulan atau mengikut paras garis kemiskini (PGK) semasa;dan

5. Tidak mendapat subsidi rawatan dan bantuan pengangkutan daripada mana-mana agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan; atau

6. Penerima bantuan tetapi masih memerlukan bantuan sokongan seperti bantuan pengangkutan (case by case basis)



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang memerlukan bantuan yang ditawarkan, sila buat permohonan dengan menghantar borang permohonan beserta dokumen yang dinyatakan di atas ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian. 


1. Sila muat turun borang permohonan melalui laman web berikut :



2. Sediakan dokumen sokongan

  • Salinan Surat Kad Pengenalan atau sijil lahir permohonan
  • Ahli Isi Rumah (AIR)
  • Surat Pengesahan pakar Nefrologi Kerajaan
  • Bukti pendapatan untuk 3 bulan atau pengesahan KMKK
  • Bukti tempat tinggal (bil utiliti atau pengesahan oleh KMKK)


Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk terus di laman web isarawakcaregov.com

Add comment