Mediaklik

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM150 AKAN DISALURKAN BERMULA JANUARI INI!


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar Bantuan Awal Persekolahan kepada RM150. Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan tarikh bayaran rasmi yang akan dibuat kepada setiap murid sekolah.






TARIKH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac 2022 bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 akan dilaksanakan bermula :

  • Mulai 17 Januari 2022

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak menerima bantuan tersebut. Sementara itu, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.



KAEDAH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM

Pemberian BAP akan dibuat melalui kaedah berikut:

  • Secara tuai atau dikredit ke akaun bank murid yang mempunyai akaun bank

Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut SOP yang dikeluarkan. 


KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa/ penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023.

Add comment