Mediaklik

MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM150 KEPADA SETIAP PELAJAR SEKOLAH


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Sebelum ini Bantuan Awal Persekolahan diberikan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar yang layak. Namun bagi tahun 2022, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar Bantuan Awal Persekolahan kepada RM150.






KADAR BANTUAN 

Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan secara one off sebanyak:

  • sebanyak RM150

Sejumlah 450 juta ringgit diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.



SYARAT KELAYAKAN

1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;

2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;

3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).


Nota: Sebarang pindaan syarat kelayakan bagi penerimaan Bantuan Awal Persekolahan akan dimaklumkan sekiranya ada.



KAEDAH PENYALURAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:


1. Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau

2. Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK


Setiap sekolah yang sudah terima wang bantuan akan mengeluarkan satu tarikh pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak. Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.


Nota: 

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan wang bantuan diagihkan kepada pelajar dalam tempoh tempoh 14 hari dari tarikh penyata bank diterima bagi bulan di mana peruntukan dikreditkan ke akaun KWK sekolah.



CARA PERMOHONAN

Setiap pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150. Pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak dan memaklumkan kepada mereka mengenai agihan bantuan.

Sekiranya ada murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Persekolahan sebelum ini dan ingin memohon bantuan, anda boleh buat permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan. Maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan.

Add comment