Mediaklik

TEBUS REBAT BARANGAN ELEKTRIK SEBANYAK RM500 KEPADA SETIAP ISI RUMAH!


Di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE), kira-kira lebih 80,000 isi rumah yang merupakan mangsa banjir akan mendapat rebat RM500 untuk pembelian barangan elektrik secara dalam talian di platform-platform tertentu. 

Bantuan rebat ini diumumkan oleh Perdana Menteri dengan matlamat untuk meringankan beban isi rumah yang terkesan akibat banjir. Individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE dan platform-platform online yang telah ditetapkan. 






REBAT RM500 BARANGAN ELEKTRIK

Di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE), kira-kira lebih 80,000 isi rumah yang merupakan mangsa banjir akan mendapat:

  • Rebat RM500 untuk pembelian barangan elektrik


TARIKH PELAKSANAAN

SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Januari 2022, merangkumi mekanisma tebusan barangan dan jenis barangan.

  • Mulai 7 Januari 2022


PLATFORM TERPILIH UNTUK PEMBELIAN

Pembelian barangan elektrik dengan rebat tersebut boleh dilakukan di:


1. 1,400 premis berdaftar di bawah SAVE; atau

2. Platform e-dagang
  • Lazada
  • Shopee
  • PGMall


NADMA akan keluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara urusan pembelian.



GOLONGAN SASARAN

Rebat RM500 ini akan diberikan kepada :

1. Mereka yang terkesan banjir

2. Terlibat banjir tidak kira di negeri mana


DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Salinan kad pengenalan

2. Akaun bil elektrik domesti TNB yang sah; dan

3. Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salh satu salinan asal laporan dariapda agensi berikut:
  • Polis
  • NADMA
  • Pegawai Daerah
  • Surat sokongan dari Ketua Komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
4. Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.



KAEDAH PENEBUSAN

Teradpat 2 kaedah disedia untuk pengguna mendapatkan rebat yang ditawarkan iaitu:


1. Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar raya Berdaftar; atau

2. Pembelian secara dalam talian (e-dagang – Shopee/ Lazada/ PGMall


Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian. Pastikan anda bawa bersama dokumen yang diperlukan di atas untuk pembelian.


Untuk maklumat lanjut mengenai program ditawarkan, anda boleh rujuk FAQ Penuh di seda.gov.my

Add comment