Mediaklik

MOHON TAWARAN BANTUAN KERAJAAN YANG DISEDIAKAN KHAS UNTUK PARA IBU TUNGGAL


Kerajaan negeri Melaka kini telah membuka tawaran Bantuan Khas Ibu Tunggal untuk ibu tunggal di negeri ini yang memerlukan. Bantuan Khas Ibu Tunggal ini disediakan bagi membantu meringankan beban ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi menghadapi alam persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Permohonan Bantuan Khas ibu Tunggal ini telah dibuka mulai 19 Januari 2022 dan boleh dibuat secara fizikal dengan mendapatkan borang permohonan di lokasi yang dinyatakan.






TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal kerajaan negeri Melaka boleh dibuat bermula pada :

  • 19 Januari 2022



SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara Malaysia dan menetap di Melaka

2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal

3. Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK iaitu sebanyak RM1,169.00 atau RM310 per-kapita

4. Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun ke bawah serta masih bersekolah

5. Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan

6. Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan)

7. Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah



CARA PERMOHONAN

Kepada Individu yang memerlukan bantuan ditawarkan, sila buat permohonan secara manual dengan mendapatkan borang permohonan di lokasi berikut:


1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, Aras 15, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka

2. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, KPWKM, Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka

3. Kompleks-kompleks JAPERUN berdekatan



Senarai lokasi JAPERUN berdekatan di bawah:




MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka, anda boleh hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06 231 0334.

Add comment