Mediaklik

KTM YOUNG TALENT : TAWARAN PROGRAM KEMAHIRAN KERJA DALAM INDUSTRI KERETAPI | KHAS UNTUK PARA GRADUAN


Khas buat graduan yang sedang mencari pekerjaan. Kini Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad menawarkan KTM Young Talent Program buat graduan daripada pelbagai bidang pengajian yang berminat untuk meningkatkan kemahiran kerja dalam industri keretapi.

Tawaran ini dibuka kepada semua graduan yang berminat untuk belajar. Graduan yang merupakan Warganegara Malaysia dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan dialu-alukan untuk membuat permohonan sekarang.






KELEBIHAN KTM YOUNG TALENT PROGRAM

Antara kelebihan KTM Young Talent Program adalah :


1. Pembelajaran holistik dengan pengalaman dalam putaran pekerjaan di seluruh landasan keretapi.

2. Meningkatkan kemahiran kepimpinan antara satu sama lain melalui penglibatan dalam kumpulan projek khas.

3. Pendedahan taraf antarabangsa dalam pengetahuan peringkat global industri keretapi.

4. Pembelajaran berpengalaman melalui projek pengurusan dan persembahan ke peringkat pengurusan atasan.

5. Berpeluang mendapat tunjuk ajar dan bimbingan secara bersemuka daripada mentor yang berdedikasi sepanjang program.



SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin mengikuti KTM Young Talent Program perlulah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti;

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan dengan pencapaian akademik yang baik sekurang-kurangnya CGPA 3.50
  • Berkebolehan menunjukkan keupayaan kepimpinan dan kesungguhan untuk berkembang.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana dalam mana-mana bidang berikut :
    1. Engineering (Mechanical/ Electrical/ Electronics) 
    2. Finance/ Business Administration/ Economics/ Safety & Health/ Information Technology/ Procurement



CARA MEMOHON

Kepada sesiapa yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menyertai KTM Young Talent Program, sila buat permohonan sebelum 19 Mac 2021.

1. Pergi ke laman form.ktmb.com

2. Bagi pendaftaran kali pertama, klik Register. 

3. Lengkapkan maklumat diminta dan klik Register.

4. Setelah selesai daftar, masukkan nombor kad pengenalan dan password untuk log masuk. Klik LOGIN.

5. Jika sudah log masuk, pastikan korang lengkapkan semua maklumat yang diminta seluruh Section A hingga Section F.

6. Klik Application Status jika ingin membuat semakan status permohonan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman ktmb.com.my

Add comment