Mediaklik

SHOPEE 2021 – PERMOHONAN PROGRAM JANA NIAGA MARA | MOHON SEKARANG!


Program Jana Niaga MARA Shopee adalah inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian. 

Program ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja) dan bimbingan dan pemantauan. 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee. 





KELEBIHAN PROGRAM

E-kedai usahawan yang berjaya akan dimasukkan kee-Mall Jana Niaga MARA untuk menerima Baucer kedai dan kredit iklan. E-Mall Jana Niaga MARA juga menawarkan baucer diskaun dan baucer free shipping kepada pembeli. Link e-Mall Jana Niaga MARA: https://shopee.com.my/m/jananiaga 



YURAN KOMITMEN

Yuran komitmen bagi penyertaan program adalah sebanyak RM100.00.



SYARAT PENYERTAAN 

  • Usahawan status Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar SSM/PBT (Sabah & Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • E-kedai di Shopee mempunyai 5 SKU dan keatas
  • Usahawan bersetuju syarat – syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.



CARA MEMOHON

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini, sila dapatkan borang permohonan melalui laman berikut :


Borang permohonan akan dibuka bermula pada 22.2.2021 (Isnin) jam 10.00 pagi sehingga 5.3.2021 (Jumaat) jam 5.00 petang

Permohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN. Hanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat. Usahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam tempoh 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.



MAKLUMAT LANJUT/PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

1. Mohamad Fahriz – 03-26134324 / 013-8835533
2. Mohd Yazid – 03-26134328 / 018-2119793
3. Hazila – 03-26134818 / 019-9174495

Add comment