Mediaklik

PSR : BANTUAN SEBANYAK RM500 KEPADA NELAYAN TAHUN 2021


Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan pembayaran pertama berjumlah RM500 sebagai sagu hati kepada nelayan di bawah pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR).

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).





KADAR BANTUAN

Nelayan yang berdaftar dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) akan menerima bantuan sebanyak :

  • RM500


TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran RM500 ini akan dijalankan secara berkelompok atau berkumpulan berdasarkan tarikh pendaftaran dibuat. Ini bermakna mereka yang mendaftarkan diri lebih awal akan mendapat bayaran dahulu.

Senarai nama nelayan yang berdaftar itu juga telah disemak oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.

  • Kumpulan pertama akan menerima bayaran pada 03 Mac 2021 (Rabu)
  • Kumpulan kedua dan seterusnya menerima bayaran masing-masing pada: 5 , 10 dan 12 Mac 2021

Jumlah keseluruhan nelayan (tekong dan awak-awak) yang akan menerima manfaat SIMP ialah 1,615 orang berdasarkan rekod LKIM.

Add comment