Mediaklik
FSA2 KWSP : Pengeluaran Dibenarkan Minimum RM3,000

FSA2 KWSP : Pengeluaran Dibenarkan Minimum RM3,000

FSA2 KWSP adalah merupakan sebuah kemudahan pembiayaan pengeluaran yang telah diluluskan pada tahun ini bagi membantu ahli membuat pengeluaran. Inisiatif kemudahan pembiayaan ini telah mula diperkenalkan pada bula April lalu.

PENGELUARAN FSA2 KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah bersetuju untuk meluluskan pengeluaran pembiayaan FSA2 KWSP minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini dibenarkan kepada ahli / pencarum KWSP untuk membantu mereka bagi mendapatkan pembiayaan pengeluaran wang dari institusi perbankan.

Ahli KWSP boleh membuat semakan permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun bagi ahli mendapatkan pembiayaan dari bank yang terlibat. Baki semasa simpanan akaun 2 diambil kira bagi permohonan pengeluaran FSA2 KWSP ini kerana simpanan tersebut boleh digunakan bagi membayar pembiayaan peribadi.

KADAR PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Kepada setiap ahli KWSP yang berkelayakan, mereka boleh membuat pengeluaran minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Jumlah tertakluk pada baki simpanan akaun 2 masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia dan ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Minimum amaun dalam akaun 2 KWSP RM3,000
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Setiap permohonan yang lulus tidak boleh dibatalkan
  • Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon

Nota : Buat masa ini hanya 2 institusi perbankan yang terlibat dalam kemudahan pembiayaan peribadi pengeluaran FSA2 KWSP iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

Apa yang menarik adalah kadar faedah FSA2 KWSP adalah lebih rendah berbanding kadar faedah pembiayaan peribadi pasaran semasa dari institusi perbankan yang lain.

CARA PERMOHONAN

Kepada pencarum yang berkelayakan dan ingin membuat pengeluaran khas melalui FSA2 KWSP, permohonan boleh dilakukan. Untuk panduan lengkap permohonan. Sila layari laman rasmi Fasiliti Sokongan Akaun 2 – KWSP

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi pembiayaan pengeluaran khas ini telah dibuka bermula awal bulan April 2023, kepada mereka yang ingin layak permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun ini pada bila-bila masa.

INFORMASI LANJUT

Terdapat lebih lagi kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini untuk meringankan beban kewangan B40 dan miskin tegar. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment