Mediaklik

[TERKINI] BANTUAN SECARA ONE OFF RM500 KEPADA PENJAJA/PENIAGA BAZAR RAMADHAN YANG TERJEJAS


Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan sejumlah RM500 kepada 11,000 penjaja bazar Ramadan di negeri itu yang terjejas akibat penutupan operasi mulai Sabtu ini. Kerajaan Selangor juga memperuntukan RM5 juta berikutan kedudukan kerajaan negeri yang mampu dan berupaya untuk meneruskan bantuan itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembayaran itu akan dibuat melalui pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selepas 1 Syawal ini. Bantuan ini adalah ekoran pengumuman penutupan peniaga bazar Ramadan yang tidak dapat lagi beroperasi sepanjang PKP mulai 8 Mei 2021.





KADAR BANTUAN PENIAGA BAZAR

Bantuan yang diperuntukkan untuk semua penjaja bazar Ramadhan yang terjejas di 6 daerah PKP adalah :
  • sebanyak RM500 one off







TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN 

Menurut Menteri Besar Selangor, bantuan akan diagihkan : 
  • selepas Aidilfitri.


Perlu diingat bahawa hanya Bazar Ramadan di enam daerah PKP sahaja ditutup, di tiga daerah lain boleh beroperasi seperti biasa. Enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 6 hingga 17 Mei.

Add comment