Mediaklik

TERIMA INISIATIF TABLET PERCUMA KEPADA SETIAP PELAJAR GOLONGAN B40


Kuala Lumpur: Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang RM65 juta.






INISIATIF PERANTI SISWA

Insisiatif yang akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi ialah sebuah Tablet.




Seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan. Kerajaan turut bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehinga 31 Disember 2022.

Add comment