Sumbangan Asas Rahmah 2024 atau lebih sinonim dipanggil SARA ini adalah merupakan bantuan dari lanjutan program Sumbangan Tunai Rahmah.
Apa yang menarik adalah pemberian sumbangan SARA ini disalurkan secara automatik tanpa perlukan sebarang permohonan dari individu.
Program Sumbangan Asas Rahmah Tahun 2024
Kementerian Kewangan Malaysia telah memaklumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah sesi 2024 akan diberikan kepada penerima sedia ada STR yang layak sahaja tanpa perlu mohon. Menerusi insentif SARA, seramai sekitar 600,000 penerima STR akan dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini.
Kadar jumlah bantuan SARA adalah sehingga RM1,200 setahun dan amaun tersebut lebih tinggi berbanding tahun lalu hanya RM600. Bukan itu sahaja, kategori penerima juga telah ditambah kepada bukan berstatus miskin dan miskin tegar.
Alasan program insentif tambahan ini masih diteruskan adalah untuk mengurangkan beban perbelanjaan yang melibatkan kewangan dari golongan yang kurang berkemampuan. Amaun bantuan yang dikreditkan boleh dibelanjakan dengan membeli barangan keperluan asas rumah di mana-mana pasaraya dan kedai runcit.
SENARAI PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 2024
Suka diingatkan bahawa bantuan ini hanya ditawarkan kepada penerima STR tahun 2024 sahaja dan sebarang permohonan tidak perlu dilakukan. Berikut adalah syarat asas layak dapatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah tahun ini :
- Warganegara Malaysia
- Berstatus lulus STR 2024
- Kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
Kadar Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Mengikut Kategori
Untuk makluman, kadar jumlah bayaran SARA adalah bermula dari RM150 sehingga RM1,200 setahun. Jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :
Kategori Miskin / Miskin Tegar
- Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas : RM1,200 setahun
- Penerima STR kategori bujang : RM600 setahun
Bukan Miskin/ Miskin Tegar
- Penerima STR kategori isi rumah : RM300
- Penerima STR kategori bujang : RM150
- Penerima STR kategori warga emas : RM150.
Tarikh Pemberian Sumbangan Asas Rahmah 2024
Bagi penerima STR kategori miskin dan miskin tegar, pembayaran telah mula disalurkan bermula Januari sehingga Disember 2024 pada kadar RM50 dan RM100 sebulan. Manakala bagi kategori bukan miskin tegar pula, tarikh pengkreditan akan dimaklumkan pada masa akan datang.
Semakan Status Layak Terima Bantuan SARA
Jika anda adalah seorang penerima STR tahun ini, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi – SARa MyKASIH untuk rujukan lengkap.
Add comment