YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac 2021, bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menerima keputusan kerajaan untuk menambah baik bantuan insetif kewangan yang disediakan untuk majikan dan pekerja.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh PERKESO menerusi PEMERKASA adalah Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 dan SPS Prihatin Wanita (SPW).
MANFAAT SPS PRIHATIN WANITA
Melalui SPS Prihatin Wanita PERKESO yang disediakan dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), para wanita akan terima manfaat seperti berikut :
- Kerajaan akan membayar 70% (RM 163.00) caruman setahun pelan 2 SKSPS manakala pemohon hanya membayar 30% (RM 69.80) setahun
Nota :
Caruman pelan 2 SKSPS merupakan perlindungan pendapatan sebanyak RM1,550
GOLONGAN SASARAN
Wanita yang akan menerima manfaat daripada program SPW adalah :
- Usahawan Wanita
- Wanita yang bekerja sendiri
TARIKH PRMOHONAN SPW
Tarikh yang ditetapkan untuk membuat permohonan SPS Prihatin Wanita (SPW) adalah :
- 1 April hingga 31 Disember 2021
Sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan Kerajaan bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri untuk program SPW.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berhubung SPS Prihatin Wanita atau inisiatif-inisiatif dalam PEMERKASA, anda boleh rujuk :
- Laman web : perkeso.gov.my
- Emel : perkeso@perkeso.gov.my
Add comment