Kerajaan tidak pernah sisihkan rakyat dalam menangani wabak penyakit covid-19. Terlalu ramai rakyat yang terkesan akibat penularan wabak penyakit covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan aktiviti harian tidak dapat dijalankan seperti biasa.
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk semua golongan seluruh Malaysia sepanjang bulan Ogos ini bagi membantu rakyat dalam kelangsungan hidup.
BACA JUGA : MOHON BANTUAN KERAJAAN BERJUMLAH RM100 KEPADA IBU TUNGGAL YANG TERKESAN SEPANJANG PANDEMIK COVID
SENARAI BANTUAN KERAJAAN SEPANJANG BULAN OGOS 2021
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang akan diberikan sepanjang bulan Ogos 2021 ini :
1) Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat kepada semua golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 bermula pada bulan Ogos 2021.
Sila rujuk kategori anda di bawah :
Miskin Tegar
Bujang : RM200
Isi Rumah : RM500
B40
Bujang : RM200
Isi Rumah : RM500
M40
Bujang : RM100
Isi Rumah : RM250
2) I-Citra KWSP
I-Citra adalah inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat mengeluarkan wang KWSP dan dibayar bermula pada 2 Ogos 2021
Ahli KWSP yang membuat permohonan pada Julai 2021 akan dapat RM1,000 untuk bulan pertama.
3) Program Prihatin Kasih
Bantuan ini khas digunakan untk membeli barang makanan asas di lebih 300 rantaian kedai dan pasaraya dengan hanya menggunakan IC.
Kadar Bantuan : RM100 sebulan selama 3 bulan.
4) Bakul Prihatin Negara
Setiap keluarga adalah layak untuk mohon bantuan Bakul Prihatin Negara yang meliputi barangan asas dan keperluan.
Terdapat 8 barangan iaitu beras, gula, tepung, bihun, kicap, sardin, biskut dan kopi.
5) Bantuan Warga Emas
Bantuan ini adalah melalui JKM khas untuk warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Pemohon perlu mengisi borang dan hantar ke Pejabat JKM yang berdekatan.
Kadar Bantuan : RM500 sebulan.
6) Bantuan Kanak-Kanak
Keluarga berpendapatan tidak lebih daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak untuk memohon bantuan yang disediakan oleh pihak JKM.
Kadar Bantuan : Maksimum RM1000 sebulan seisi rumah.
7) Geran Khas Prihatin 4.0
Pembayaran GKP 4.0 akan dibuat pada September 2021 (RM500) & November 2021 (RM500) kepada peniaga.
Kadar Bantuan : RM1000
MAKLUMAT TAMBAHAN
Terdapat banyak jenis bantuan kerajaan terkini untuk rakyat. Bantuan ini bertujuan untuk menaikkan smula ekonomi setempat dan meringankan beban kewangan bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini.
bantuan untuk droupship yang baharu tiada kah?? mcam mana kami drouship baharu nak mohon bantuan permulaan perniagaan droupship nye
jika boleh saya mahu memohon untuk saya memulakan bissness droupship saya untuk membantu suami dan keluarga dan terus berjay
Bantuan untuk ibu tunggal yang tidak berkerja ada x??