Mediaklik

SEMAK KELAYAKAN ANDA : PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK PERCUMA RM40 SETIAP BULAN!

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah merupakan program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. 

Bermula pada 2 Januari 2021 sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.

Penerima yang layak adalah ketua isi rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).






BANTUAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK

Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.


SYARAT-SYARAT PROGRAM

  • Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam sistem eKasih.
  • Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar) 
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun dan
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.


SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Sila buat semakan di Portal KeTSA melalui :


Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline melalui :

MyGCC : 03-8000 8000
Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111


INFO RASMI PROGRAM : tnb.com.my

Add comment