Mediaklik

[RASMI] JPJ TAWAR DISKAUN SEHINGGA 70% UNTUK PEMBAYARAN SAMAN


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 70 peratus ke atas semua saman dan kompaun, selama dua bulan bermula esok sempena sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-75 tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, diskaun itu membabitkan 3.5 juta notis saman dan kompaun yang masih aktif sejak 2010 sehingga kini. Tawaran diskaun itu diberikan bagi semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuat kuasa semasa tawaran kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

“Ia membabitkan saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.





OBJEKTIF DISKAUN KOMPAUN

Pengurangan saman ini adalah serampang dua mata dalam membantu orang ramai untuk membayar saman dengan kadar lebih rendah selain memberikan pengajaran kepada mereka di atas pelanggaran peraturan jalan raya.



DISKAUN KOMPAUN

  • Diskaun 70 % : Dalam tempoh 2 bulan bermula 13 April 2021 hingga 13 Jun 2021

Tawaran itu turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh tersebut.



CARA MELAKUKAN PEMBAYARAN

Kepada yang ingin membayar kompaun saman JPJ, sila lakukan di :


1. Mana-mana pejabat JPJ (negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar atau UTC) yang berhampiran dengan anda. ; ATAU


2. Melalui laman web perkhidmatan e-Services 


Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya melakukan bayaran saman secara atas talian bagi mengelak kesesakan di kaunter dan cawangan JPJ.

Add comment