Mediaklik

SEMAK AKAUN ANDA : PEMBAYARAN I-SINAR INTERIM KATEGORI 2 SUDAH MULA DIKREDITKAN SECARA BERPERINGKAT!


Bermula hari ini, iaitu 8 April 2021 adalah merupakan hari pembayaran interim yang dilakukan secara berperingkat buat anda semua yang telah melakukan permohonan i-Sinar kategori 2.  Pastinya perkara ini sedikit sebanyak akan menggembirakan hati para pemohon yang telah memohon. 

Disebabkan pengkreditan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kepada bank masing-masing, maka di harapkan kefahaman anda agar dapat menunggu dengan sabar dan menyemak akaun anda dari semasa ke semasa.





PENGKREDITAN I-SINAR BULAN APRIL

Berikut dikongsikan kepada anda screenshot yang memaparkan beberapa orang pemohon yang sudah menerima pengkreditan i-Sinar kategori 2 hari ini  :

Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April bermula 8 April 2021 dan seterusnya mengikut batch anda.



CARA SEMAKAN STATUS I-SINAR 

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status bagi kategori 2 :


1. Sila layari i-Akaun di pautan kwsp.gov.my

2. Sila login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.

3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri

4. Klik pada I-SINAR di dalam jadual barisan kedua.

5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar.

Add comment