Mediaklik

PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB) SEBANYAK RM450 SEMASA BERPANTANG | MOHON SEKARANG!


Jika anda merupakan seorang ibu yang berasal daripada Sarawak dan baru sahaja melahirkan cahaya mata, ada berita baik untuk anda.

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 yang lalu, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan untuk memberikan bantuan berjumlah RM450 kepada setiap ibu yang bersalin di negeri Sarawak.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) seperti yang telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam Pembentangan Belanjawan Negeri 2020. Untuk makluman, bantuan ini juga masih diteruskan sehinggalah tahun 2021.

Untuk pengetahuan, Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini adalah dikhaskan buat rakyat Sarawak yang memenuhi segala syarat kelayakan sebagai bantuan untuk penjagaan selepas bersalin. BIB juga boleh dipohon oleh anak jati Sarawak yang berada di luar negeri seperti mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan. 




SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan sebelum melakukan sebarang permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection) 
  • Melahirkan bayi di dalam atau luar Sarawak dan;
  • Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin


CARA MEMBUAT PERMOHONAN


Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Manual melalui Borang Permohonan 


Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)


PERINGATAN


Jika pemohon telah memohon menggunakan borang manual, pemohon adalah TIDAK PERLU memohon kali kedua melalui online. Pihak KWKPK berhak untuk menolak permohonan yang dilakukan jika terdapat permohonan kali kedua atau permohonan banyak kali dilakukan. 

Pastikan pemohon telah bersalin dan mempunyai dokumen seperti NOTA DISCAJ atau SIJIL LAHIR BAYI sebelum memohon secara online. 

Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap dan palsu, pihak KWKPK berhak untuk menolak permohonan yang dilakukan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi. 

MAKLUMAT LANJUT


Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini, anda boleh terus ajukan melalui  :

Email : insentif.ibubersalin@gmail.com 

Hubungi talian 082-311340 / 082-311718

Alamat surat menyurat yang menguruskan bantuan ini: 

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB),
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK) 
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak,
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya 
93050 Kuching, Sarawak


Add comment