Mediaklik

[RASMI] TARIKH & SEMAKAN BAYARAN GKP SEBANYAK RM1,000 UNTUK PENIAGA SELURUH MALAYSIA


Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.



GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.



SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum anda diberikan bantuan GKP Tambahan ini:

  • Penerima yang lulus GKP 1.0
  • Penerima yang lulus GKP 2.0 
  • Pemohon rayuan GKP yang lulus 


JUMLAH BANTUAN GKP TAMBAHAN

Jumlah bantuan bagi GKP Tambahan yang akan diberikan secara one-off kepada mereka yang berkelayakan adalah :
  • PKS Mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS Mikro bagi lain-lain negeri – RM500


TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Tarikh bayaran GKP Tambahan seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDN adalah seperti berikut:
  • 25 Mac 2021 (Khamis)


SEMAKAN GKP TAMBAHAN

Semakan kelayakan GKP Tambahan boleh dilakukan melalui pautan berikut: 


KAEDAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Kaedah bayaran GKP Tambahan adalah sama seperti kaedah pelaksanaan bayaran GKP 1.0 dan 2.0 iaitu:
  • Akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini
  • Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.


Buat masa ini, tiada sebarang permohonan yang dibuka buat GKP Tambahan. PKS yang memenuhi syarat kelayakan adalah automatik menerima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan yang telah dinyatakan di atas. Para peniaga hanya perlu melakukan semakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Add comment