Mediaklik

PEMERKASA 2021 : BANTUAN KHAS RM3,000 KEPADA AGENSI PELANCONGAN & RM600 KEPADA PENGUSAHA HOMESTAY

Pihak Kerajaan bakal menyalurkan Geran Bantuan Khas secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM600 kepada pengusaha ‘homestay’ yang berdaftar dengan MOTAC.





INISIATIF SEKTOR PELANCONGAN & PERUNCITAN

  • Melanjutkan pengecualian dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021
  • Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022
  • Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021 diberikan kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa
  • Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman teman, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan
  • Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1000 untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC
  • Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021



BANTUAN KHAS AGENSI PELANCONGAN

Pihak kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM 3,000.

Bantuan diberikan kepada 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.



BANTUAN PENGUSAHA HOMESTAY 

Pihak kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM600.

Kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC. Bantuan ini dijangkakan dapat memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.



Kerajaan sedia untuk membenarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat malah mewujudkan ‘special green lane’ bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara apabila sudah ramai yang telah mengambil vaksin. Berikan sedikit masa dan ruang untuk pihak kerajaan meneliti segala risiko sebelum sesuatu keputusan diambil.

1 comment