Mediaklik

[RASMI] KEMASKINI MAKLUMAT GERAN KHAS PRIHATIN KEPADA PENERIMA YANG BERSTATUS GAGAL


Perdana Menteri dalam pengumuman pakej bantuan Permai telah memperluaskan inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan peniaga dan PKS di seluruh negara. Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan. 
Melalui pengumuman PEMERKASA, kerajaan telah maklumkan akan memberi bantuan GKP 3.0 PEMERKASA dan GKP 4.0 kepada pemohon yang layak. Penerima GKP 4.0 fasa kedua yang GAGAL KREDIT diminta untuk kemaskini maklumat akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran akan datang.





TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT BANK

Penerima GKP yang telah buat semakan dan GAGAL KREDIT diminta kemas kini maklumat akaun bank pada:

  • 6 hingga 20 Disember 2021


PENERIMA YANG PERLU KEMASKINI

Penerima yang perlu kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP Tambahan adalah penerima yang BERSTATUS GAGAL termasuk :

  • GKP PERMAI
  • GKP PEMERKASA+
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0


NOTA : 

  1. Maklumat akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon
  2. Pastikan nombor akaun bank masih Aktif

CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Berikut merupakan langkah-langkah kemaskini akaun bank :

  • Klik LOG MASUK 
  • Masukkan ID pengguna dan klik SEMAK
  • Sahkan kod keselamatan dan klik YA
  • Masukkan kata laluan dan klik LOG MASUK
  • Klik Menu Kemas Kini Akaun Bank
  • Masukkan nombor akaun bank yang aktif

SEMAKAN STATUS GKP TAMBAHAN

Semakan status GKP Tambahan boleh dilakukan melalui pautan berikut: 


Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Penerima fasa 1 yang gagal kredit dinasihatkan kemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Talian : 03 8911 1000 / 1100
Emel : gkp@hasil.gov.my

Add comment