Kerajaan akan menambah inisiatif sedia ada yang dikenali MyKasih Kapital dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 penerima yang terdiri daripada peniaga golongan wanita berkelayakan sempena dengan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata bahawa insentif tambahan kepada insentif sedia ada itu disediakan antara lain untuk kegunaan dalam bidang e-dagang ataupun dropship. Bantuan berupa suntikan modal perniagaan yang dikenali sebagai MyKasih Kapital ini ditawarkan dengan modal maksimum berjumlah RM1,000.
BANTUAN MYKASIH KAPITAL
Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).
Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.
OBJEKTIF BANTUAN
Objektif Bantuan MyKasih Kapital ini adalah untuk :
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran bantuan ini adalah merupakan peniaga WANITA yang memulakan perniagaan secara:
- E-dagang atau
- Dropship
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang diterima oleh setiap individu untuk modal perniagaan berjumlah:
- Maksimum RM1,000
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan MyKasih Kapital adalah terdiri daripada:
- Golongan wanita
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
- Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
- Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH KAPITAL
Golongan wanita yang berminat untuk memohon bantuan yang disediakan ini, sila isi borang permohonan secara atas talian. Permohonan bantuan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Langkah itu seiring menyokong pemerkasaan negara khususnya dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik Covid-19. Golongan wanita disarankan untuk memohon dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini untuk untuk menggalakkan ‘shared responsibility’ dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut:
Tel: 03 8323 2433
Layari: yknm.org.my
Add comment