Mediaklik
Program Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Sebulan Tahun 2024

Program Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Sebulan Tahun 2024

Program Bantuan Sara Hidup atau (BSH) berjumlah RM300 sebulan telah dilancarkan pada tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada mereka yang layak.

Kerajaan telah memaklumkan, program skim BSH ini adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Belanjawan MADANI tahun ini.

PROGRAM BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2024

Semakan dan permohonan boleh dilakukan melalui skim Bantuan Sara Hidup oleh rakyat Malaysia selagi menepati kriteria kelayakan yang ditetapakan.

Program BSH ini telah diperkenal dan dilancarkan sepanjang tahun ini dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Kadar bayaran bantuan yang diberikan kepada pemohon yang lulus adalah bernilai RM300 sebulan.

Inisiatif khas ini terbuka khusus buat para veteran ATM bagi membantu meringankan beban kos sara hidup harian masing-masing.

Setiap permohonan yang berjaya diluluskan akan berkuat kuasa selama tiga tahun dari bulan pertama bayaran bantuan dibuat.

Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut bagi memastikan penerima masih layak dapatkan insentif bulanan BSH.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM300

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat asas kelayakan bantuan BSH RM300 ini yang perlu dipatuhi seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • Tiada syarat had umur bagi kategori cacat kekal
  • Pendapatan bulanan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Merupakan bekas veteran ATM
  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Tidak diberhentikan kerja atas kesalahan tatatertib
  • Tidak layak mohon bagi kategori balu yang telah berkahwin semula
  • Kelayakan umur anak yatim adalah 18 tahun ke bawah dan 21 tahun bagi yang masih belajar
  • Mempunyai masalah faktor kesihatan atau penyakit yang menjejaskan aktiviti pekerjaan (Perlu surat pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan sahaja).

CARA MOHON BANTUAN SARA (BSH)

Untuk mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan istimewa ini boleh dikemukakan pada tahun 2024. Langkah cara memohon telah disediakan, sila layari pautan rasmi – Bantuan Sara (JHEV)

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman utama JHEV dan sediakan dokumen penting yang diperlukan untuk memudahkan urusan pentadbiran bagi semakan.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pada tahun ini pelbagai kemudahan dan bantuan-bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang boleh cek senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment