Mediaklik

PERMOHONAN BANTUAN SKIM PEMBIAYAAN SEBANYAK RM5,000 KEPADA PENIAGA


Golongan penjaja kecil makanan, minuman serta peruncit mikro di Selangor kini boleh memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Skim Pembiayaan Go Digital (Go Digital) bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi kedua-dua skim itu yang bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan permohonan Skim Niaga Darul Ehsan di bawah.




TUJUAN SKIM NADI DAN SKIM GO DIGITAL

Kedua-dua skim ini adalah bertujuan :

  • Skim NaDi : Bagi menampung kos operasi
  • Go Digital : Untuk mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang

SYARAT PEMBIAYAAN NaDI

Antara syarat pembiayaan NaDI adalah :


  • Had Pembiayaan RM1,000 sehingga RM5,000
  • Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
  • Caj perkhidmatan adalah sebanyak 8%

JUMLAH BAYARAN



SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan NaDI adalah :


  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat Negeri Selangor.
  • Bermastautin atau menetap (tidak kurang 5 tahun) dan mengundi di Negeri Selangor.
  • Berumur 18 hingga 60 tahun.
  • Peminjam terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah.
  • Pelaksanaan skim dalam bentuk kumpulan (3 orang berkumpulan).
  • Bersetuju menubuhkan kumpulan.



CARA PERMOHONAN NaDI

Permohonan pembiayaan Nadi boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara atas talian dan secara manual.


Permohonan Secara Atas Talian

Sila buat permohonan melalui laman web berikut : 


Permohonan Secara Manual

Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan secara manual, sila berkunjung ke Pejabat Cawangan Hijrah berhampiran.


Ibu Pejabat Hijrah Selangor

Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,

4,000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Dokumen Diperlukan

  • 2 keping gambar pasport
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan kepala penyata bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no.akaun)




MAKLUMAT LANJUT


  • Tel: 03 5519 1692
  • Emel: admin@hijrahselangor.com
  • Laman web: hijrahselangor.com

Add comment