Sehingga Mac 2021 yang lalu, Majlis Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberi bantuan kewangan bulanan kepada 21,556 keluarga fakir dan miskin di Kuala Lumpur. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, sejumlah RM131.39 juta zakat setahun diperuntukkan bagi Bantuan kewangan Bulanan kepada fakir miskin yang layak.
Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP merupakan salah satu skim bantuan yang membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan. Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon di sekitar Wilayah Persekutuan.
BACA JUGA : JAWATAN TERKINI : JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR W19 MINIMA KELAYAKAN SPM | MOHON SEKARANG!
OBJEKTIF BANTUAN
Membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan bulanan melalui akaun penerima atau/ dan barangan melalui pembekal
KADAR BANTUAN
Antara RM300 hingga RM1,000 sebulan
GOLONGAN SASARAN
Golongan asnaf yang layak memohon adalah terdiri daripada:
- Fakir
- Miskin
- Mualaf
- Ar-Riqab
NEGERI YANG TERLIBAT DENGAN BANTUAN MAIWP
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
SYARAT UMUM PERMOHONAN
Antara syarat umum permohonan yang ditetapkan adalah:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
2. Satu salinan kad pengenalan pemohon.
3. Satu salinan kad pengenalan suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).
5. Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
6. Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
7. Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.*
8. Satu salinan kad memeluk Islam.*
9. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
10. Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
11. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
12. Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
13. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
14. Satu salinan laporan polis / surat penjara (bagi keluarga bermasalah)*
15. Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi (bagi pemohon yang muflis)*
* jika berkenaan
CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN MAIWP
Kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan bantuan yang ditawarkan, sila dapatkan borang permohonan bantuan MAIWP di laman web berikut :
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP. Sila rujuk senarai cawangan MAIWP di laman web berikut : maiwp.gov.my
Add comment