Mediaklik

PERMOHONAN BANTUAN BINA RUMAH PERTAMA DENGAN PEMBAYARAN RM210 SAHAJA SEBULAN KHAS UNTUK GOLONGAN B40


Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program iaitu Program RMR Perakku Prihatin kepada golongan B40 di Negeri Perak yang masih belum mempunyai rumah sendiri.

Matlamat utama Program RMR Perakku Prihatin ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.

Program ini merupakan pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik).








KONSEP PROGRAM

1. Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (Jika bukan pemilik)

2. Program ini merupakan kolaborasi Yayasan Perak bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki RUMAH PERTAMA.

3. Ansuran bulanan serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi serta reka bentuk rumah yang terkini.



SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.


SYARAT-SYARAT TAMBAHAN 

1. Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan. 

2. Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan. 

3. SPNB/ Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa. 



DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (PENTING) 

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (Jika Berkenaan) 

2. Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah 

3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan) 

4. Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru 

5. Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah 

6. Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon / pemohon kedua* 

7. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang* 

8. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah 

9. Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia 

10. Borang Laporan Tapak Bergambar 



CARA PERMOHONAN

Kepada pemohon yang berminat untuk membina rumah pertama, sila muat turun borang – borang permohonan melalui laman web berikut :


Sila hantar borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen-dokumen yang diminta ke Pejabat Yayasan Perak. 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi 05 255 2929 atau talian Whatsapp 013 4945 300

1 comment