Mediaklik

PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA KHUSUS KEPADA SETIAP ISI RUMAH RAKYAT MALAYSIA YANG TERJEJAS | MOHON SEKARANG!


Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik Covid-19.







BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin Negara sahaja.

Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatin bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.



BARANGAN ASAS DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:

  • Beras 5kg
  • Gula 1kg
  • Tepung 2kg
  • Bihun 400gm
  • Kicap 650ml
  • Sardin 230gm
  • Biskut
  • Kopi



KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan menerusi 4 kaedah seperti berikut:

1. Hubungi Bilik Gerakan JKM Negeri

2. Hubungi Talian Kasih di talian 15999 atau WhatsApp ke 019 261 5999

3. Hubungi Media Sosial Rasmi KPWKM atau JKM)

4. Hubungi Pemimpin Tempatan/ Setempat



KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.



BORANG PERMOHONAN BANTUAN

Pemohon boleh muat turun borang permohonan Bakul Prihatin Negara JKM di bawah:


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Bakul Prihatin Negara, sila boleh hubungi Talian Kasih di talian 15999 atau WhatsApp ke 019 261 5999

Add comment