Mediaklik
Pengeluaran KWSP Tahun 2024 - Melalui Akaun Fleksibel

Pengeluaran KWSP Tahun 2024 – Melalui Akaun Fleksibel

Pengeluaran KWSP Tahun 2024 yang terkini boleh dilakukan melalui akaun 3 atau akaun fleksibel pada bila-bila masa terutama waktu memerlukan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah lagi kemudahan akaun bagi memberi pilihan kepada ahli untuk menguruskan kewangan mereka.

Pengeluaran KWSP Tahun 2024

Seperti sedia maklum, sebelum ini pihak KWSP telah menyediakan 2 kemudahan pengeluaran kepada para pencarum iaitu pengeluaran secara penuh dan sebahagian melalui akaun 1 dan akaun 2. Bermula pertengahan tahun ini, KWSP sekali lagi telah melaksanakan 1 lagi kemudahan yang dikenali sebagai akaun fleksibel.

Fungsi akaun ini lebih kepada akaun kecemasan dimana ahli boleh mengeluarkan dana simpanan dalam akaun tersebut pada bila-bila masa di saat memerlukan. Akaun 3 ini adalah kemudahan bagi para ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah.

Penstrukturan semula akaun KWSP kini telah berkuat kuasa meliputi 3 jenis akaun iaitu akaun 1 (akaun persaraan), akaun 2 (akaun sejahtera) dan akaun 3 (akaun fleksibel). Simpanan dalam akaun fleksibel akan bermula pada kadar sifar dan ahli diberi masa untuk membuat pemindahan dari akaun sejahtera sebagai amaun permulaan sehingga Ogos ini.

Langkah Cara Pengeluaran KWSP 2024 (Fleksibel)

Pengeluaran melalui akaun 3/ fleksibel KWSP boleh dibuat menerusi i-akaun atau di mana-mana kaunter cawangan KWSP berhampiran. Setiap bayaran pengeluaran dari akaun ketiga akan dibuat dalam tempoh masa 7 hari bekerja setelah permohonan diluluskan.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan pengeluaran dari akaun 3 KWSP tahun 2024 ;

  1. Ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  3. Umur belum mencapai 55 tahun
  4. Mempunyai dana simpanan dalam akaun 3
  5. Had minimum pengeluaran ditetapkan serendah RM50.

Akaun 3 ini diperkenalkan adalah sebagai kemudahan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek setiap ahli KWSP. Untuk maklumat lebih terperinci dan panduan daftar permohonan, sila layari pautan rasmi –¬†PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Lebih Butiran Lanjut

Pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh agensi dibawah kerajaan persekutuan dan negeri dalam negara Malaysia bagi meringankan beban rakyat. Untuk rujukan, sila semak SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon jika layak.

Add comment