Mediaklik
Pengeluaran KWSP Minimum RM3000 Dibenarkan -Semak Segera

Pengeluaran KWSP Minimum RM3000 Dibenarkan -Semak Segera

Pengeluaran KWSP minimum RM3000 kini dibenarkan melalui kemudahan pembiayaan Fasiliti Sokongan Akaun 2 Fasa 1 kepada para pencarum yang ingin membuat pengeluaran.

Untuk sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan sebuah kemudahan pengeluaran untuk tujuan peribadi pada tahun ini.

PENGELUARAN KWSP MINIMUM RM3000

Inisiatif kemudahan pembiayaan pengeluaran wang KWSP telah mula dilaksanakan pada bulan Aprli 2023 dimana ahli boleh membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat. Perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu pencarum yang ingin membuat pembiayaan pengeluaran untuk tujuan peribadi masing-masing dari inistitusi perbankan.

Menerusi pembiayaan FSA2 KWSP ini, simpanan baki dalam akaun 2 boleh digunakan sebagai modal untuk membayar pembiayaan peribadi menerusi permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pengeluaran KWSP minimum RM3000 FSA2 ini seperti berikut :

  • Terbuka pada Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 55 tahun (Tertakluk kepada syarat umur yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan)
  • Permohonan yang sudah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Permohonan dibenarkan sekali sahaja
  • Mempunyai baki simpanan minimum RM3000 dalam akaun 2 KWSP
  • Kadar maksimum pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 ini adalah sehingga RM50,000 tertakluk pada baki simpanan

JUMLAH PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Kepada ahli yang berminat, pengeluaran KWSP minimum RM3000 sehingga maksimum RM50,000 melalui pembiayaan Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah kadar jumlah yang dibenarkan. Buat masa ini, institusi perbankan yang terlibat hanya ada dua iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada pencarum yang berminat, permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui institusi perbankan pilihan anda. Sila rujuk panduan 3 langkah utama yang perlu dilakukan untuk permohonan.

Step Pertama : Ahli perlu membuat semakan awal kelayakan simpanan akaun 2 KWSP melalai laman rasmi institusi perbankan yang mengambil bahagian. Sila layari laman utama – FSA2 KWSP

Step Kedua : Permohonan pembiayaan peribadi boleh dilakukan melalui portal rasmi institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh bank pilihan anda.

Info : Untuk rujukan penuh berkenaan pengeluaran KWSP minimum RM3000 FSA2 ini, sila layari portal rasmi KWSP yang disediakan diatas.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Kepada mereka yang terlepas pandang, kalian boleh semak senarai inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini khusus untuk golongan B40 dan miskin. Sila – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment