Mediaklik

Pengambilan Perajurit Muda (PjM) Udara TUDM Siri 64/2021 Kini Dibuka

Pengambilan Perajurit Muda (PjM) Udara TUDM Siri 64/2021 Telah Dibuka.

Peluang pekerjaan dalam Tentera Udara(TUDM), Pengambilan Perajurit Muda (PjM) Udara Lelaki Siri 64/2021
telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan menepati syarat yang telah ditetapkan oleh TUDM serta berminat untuk menceburi profesion ketenteraan tersebut.
Permohonan telah di buka dari 1 Oktober 2020 sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 15 November 2020. Bagi yang berminat , BOLEH MOHON SEKARANG !!

SYARAT KELAYAKAN : 

Sekiranya anda berminat untuk memohon kemasukan Perajurit Muda Udara seperti yang diiklankan, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut :

Syarat asas :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 24 tahun pada 1 Jun 2021
  • Penglihatan : Boleh melihat dengan jelas tanpa bantuan kaca mata atau kanta lekap/contact lens & tidak  rabun/buta warna.
  • Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran 
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal : 

  • Tinggi : -Minima lelaki 1.62 m            -Minima Wanita 1.57 
  • Berat : -Minima Lelaki 47.5 kg           – Minima Wanita 40.5 kg
  • Indeks Jisim Berat (BMI) : -Indeks Jisim Badan Lelaki & Wanita Dianatara 18 hingga 25

Kelayakan Akademik :

  • SPM 
  • SVM
  • SKM TAHAP 2
  • SKM TAHAP 3
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN

CARA MEMOHON

Adakah anda telah memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon ? Jika sudah sila ikuti panduan berikut:
  1. Pergi ke laman KERJAYA DAN PENGAMBILAN TUDM
  2. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon)
  3. Log masuk ke bahagian pemohon
  4. kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat SIJIL/DIPLOMA dan maklumat sukan
  5. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak TUDM . Pemohon haruslah membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 15 November 2020. Semakan permohonan boleh dibuat di ruangan permohonan tersebut.
Pemohon yang telah berjaya perlulah melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang telah dipilih oleh pemohon semasa membuat permohonan.

 

 

Add comment