Mediaklik

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KERAJAAN SEBANYAK RM500 SECARA ONE OFF BERMULA HARI INI!


Dalam pengumuman khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 lalu, beliau telah memperkenalkan satu pakej bantuan khas PEMERKASA PLUS bagi membantu rakyat menghadapi waktu yang sukar sepanjang tempoh pelaksanaan Total Lockdown yang dilaksanakan selama 14 hari atau mungkin lebih bermula pada 1 Jun 2021.

Di bawah pakej bantuan yang sama, kerajaan juga akan memberikan bantuan kewangan kepada golongan pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah. Tidak dinafikan semasa tempoh PKP ini, ia turut memberi kesan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.








KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada golongan tersebut adalah sebanyak:

  • RM500 one-off

Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.



GOLONGAN YANG LAYAK

Bantuan Khas secara one-off akan diberikan kepada:

  • Pemandu pelancong
  • Pemandu teksi
  • Pemandu bas sekolah
  • Pemandu bas persiaran
  • Pemandu kereta sewa
  • Pemandu e-hailing


TARIKH BAYARAN BANTUAN

Pembayaran akan dibuat secara auto-kredit ke dalam akaun bank 27,627 pemandu terlibat bermula pada:

  • Mulai 10 September 2021

Seramai 56,092 pemandu e-hailing telah memenuhi syarat kelayakan dan layak untuk menerima bantuan one-off berjumlah RM500. 28,465 pemandu e-hailing yang layak telah disalurkan bantuan bermula dari 26 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021.



SKIM REHABILITASI SEWA BELI BAS & TEKSI

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi akan dilancarkan pada minggu ini dengan nilai peruntukan 1 bilion ringgit. Melalui skim ini:

  • Moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

1 comment

  • bantuan pemerkasa untuk pekerja yg terkesan kehilangan pekerjaan walaupun masih bekerja tapi gaji di kurangkan yg pernah kerajaan janji 500 one off yg pada mulanya awal bulan 6 tp di tunda pd hujung bulan 6 bila dh nk hujung bulan kerajaan tunda cakap awal bulan 8 bila masuk awal bulan 8 kerajaan tunda cakap bulan 10 harap apa yg kerajaan janjikan pd rakyat mesti di tunaikan…kami yg kehilangan pekerjaan kebanyakan golongan bujang kerana bantuan kerajaan untuk golongan bujang umpama di pinggirkan….