Mediaklik

PELUANG PEKERJAAN DENGAN GAJI SERENDAH RM3,000 KHAS UNTUK GRADUAN & YANG BELUM BEKERJA (PENGANGGUR) | MOHON SEKARANG!


Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melancarkan inisiatif ‘MyDigitalWorkforce Work In Tech’ (MYWiT) iaitu sebuah program pengambilan pekerja dan latihan bertujuan untuk merancakkan sektor perkhidmatan digital perniagaan serta melahirkan tenaga kerja teknologi berkualiti di Malaysia. 

Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada Gerakan #MyDigitalWorkforce yang dilancarkan oleh MDEC pada tahun lepas untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan pekerjaan dalam ekonomi digital. 





KOMPONEN MYWIT

MYWiT terdiri daripada dua komponen iaitu Perkhidmatan Digital Perniagaan (DBS) dan Perantis Teknologi Digital (DTA).


1. Program DBS

  • DBS bermatlamat untuk memberi insentif kepada syarikat yang ingin menggaji graduan baharu atau rakyat Malaysia yang tidak bekerja untuk jawatan perkhidmatan digital perniagaan di organisasi mereka dengan menawarkan insentif minimum di antara RM9,800 dan RM20,600 bagi setiap pekerja.
  • Insentif ini akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu insentif gaji yang akan meliputi 40 peratus daripada gaji pekerja untuk enam bulan (gaji minimum sebanyak RM2,000) dan insentif latihan sebanyak RM5,000.
  • Latihan dan kursus yang layak untuk insentif ini termasuk kursus dalaman yang ditawarkan oleh syarikat dengan minimum latihan 40 jam serta kursus “Pembelajaran dalam Pekerjaan”



2. Program DTA

  • DTA menyasarkan syarikat yang ingin menggajikan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam sektor teknologi seperti Sains Data, Pembangunan Perisian dan Keselamatan Siber dengan menawarkan pakej insentif sebanyak RM15,200 bagi setiap pekerja
  • Ini termasuk insentif gaji RM1,200 setiap bulan bagi tempoh enam bulan dan insentif latihan sebanyak RM8,000 bagi setiap pekerja
  • Majikan dijangka akan membayar gaji minimum RM3,000 mulai bulan keempat program.
  • Majikan boleh memilih latihan Peningkatan Kerjaya yang tersenarai dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC. Kesemua kursus yang tersenarai dalam direktori tersebut sudah disemak dan diberi pengiktirafan oleh pemain industri.




MANFAAT MYWIT


Melalui inisiatif MyWiT, manfaat akan diterima seperti berikut:


1. Majikan
Kurangkan kos pengambilan pekerja baru menerusi subsidi gaji


2. Peluang pekerjaan
Bekerja dengan syarikat perkhidmatan digital


3. Perkasakan pekerja 
Tingkatkan kemahiran pekerja dengan kos lebih rendah melalui insentif latihan kemahiran digital



GAJI MINIMUM

Gaji bulanan minimum adalah :

  • RM3,000 

Bermula bulan keempat dan menawarkan gaji minimum tidak kurang daripada RM1,200 untuk tiga bulan pertama program dengan tempoh kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan.



SYARAT KELAYAKAN

Majikan

  • Syarikat yang diperbadankan di Malaysia
  • Modal berbayar minimum RM20,000
  • Tidak tertakluk kepada perintah pembubaran atau penutupan perniagaan
  • Aktiviti perniagaan aktif dan tidak dorman
  • Bukan majikan sektor awam, badan berkanun persekutuan & negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Tidak mempunyai pengarah atau pemegang saham yang merupakan ahli keluarga terdekat kepada pengarah atau pekerja MDEC
  • Individu Mencari Pekerjaan


Rakyat Malaysia

  • DBS: Siswazah baru, tidak bekerja lebih dari 2 bulan & pekerja yang diberhentikan
  • DTA: Tidak bekerja* & pekerja yang diberhentikan
  • Bukan ahli keluarga terdekat kepada pengarah atau pemegang saham dalam syarikat yang menggajikan peserta.
  • Bukan penerima/bekas penerima manfaat mana-mana insentif MYWiT daripada mana-mana syarikat
  • Bukan peserta program PenjanaKerjaya 2.0 dan Penjana KPT-CAP



CARA PERMOHONAN

Berikut adalah proses permohonan untuk individu mencari pekerjaan:




Peserta perlu melalui proses lantikan jawatan dan memohon menerusi syarikat yang tersenarai dalam program ini. Jika berjaya, peserta akan diserapkan ke dalam program ini oleh syarikat yang menggajikan anda.

Terokai peluang pekerjaan dengan majikan terkemuka sektor teknologi digital di bawah program MYWiT. Peluang pekerjaan disertakan dengan bimbingan peningkatan kemahiran.

Add comment