Mediaklik
MySalam 2024 : Bantuan RM8000 Untuk Rakyat B40

MySalam 2024 : Bantuan RM8000 Untuk Rakyat B40

MySalam 2024 : Bantuan RM8000 diberikan secara one-off kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan B40 berkelayakan pada tahun ini.

Program khas ini telah diperkenalkan pada 2019 dan masih terus dilaksanakan sehingga tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

MYSALAM 2024 : BANTUAN KHAS RM8000

Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif skim bantuan yang dikenali sebagai MySalam yang berfungsi sebagai perlindungan takaful kepada setiap individu yang layak. Skim ini disediakan oleh pihak kerajaan secara percuma melalui dana tabung amanah Mysalam.

Program skim Mysalam ini pada dasarnya dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun iaitu dari 2019 hingga 2023. Tetapi disebabkan oleh keprihatinan kerajaan dan maklum balas dari rakyat yang memberangsangkan, skim ini masih dilanjutkan sehingga tahun 2025.

Menerusi program mysalam, terdapat dua (2) manfaat utama untuk rakyat iaitu hospitalisasi dan penyakit kritikal. Berikut dikongsikan manfaat yang boleh didapatkan dalam program mysalam :

  • Hospitalisasi – Sekiranya penerima mysalam dimasukan ke wad hospital kerajaan, mereka berkelayakan untuk tuntut gantian sumber pendapatan sebanyak RM50 sehari dan terhad sehingga 14 hari atau bersamaan RM700 setahun
  • Kritikal – Jika penerima mysalam disahkan menghidap penyakit dari salah satu yang tersenarai dalam 45 penyakit kritikal dalam mysalam, mereka boleh tuntut bantuan one-off berjumlah RM8000 dan ini bantuan sekali seumur hidup.

KRITERIA KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN KHAS MYSALAM 2024

Di bawah adalah antara syarat-syarat kelayakan bagi tuntutan mysalam tahun ini seperti ;

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah sesi tahun 2024
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Kategori bujang, OKU dan berkahwin.

PANDUAN LENGKAP & CARA TUNTUTAN BANTUAN MYSALAM

Kepada rakyat Malaysia yang berada dalam golongan B40 atau penerima STR, anda boleh membuat semakan status atau tuntutan secara dalam talian. Panduan butiran lengkap dan cara tuntut telah disediakan, sila layari laman pautan rasmi bantuan –¬†MySalam 2024

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan skim mysalam ini, kalian boleh hantar e-mel ke alamat info@mysalam.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di – 1 300 88 8938.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Tahun ini kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan tunai bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan sasar dan miskin. Kepada yang terlepas pandang oleh semak SENARAI BANTUAN yang ada pada waktu ini dan boleh dimohon.

Add comment