Mediaklik

MyKasih Kapital : BANTUAN RM1,000 UNTUK E-DAGANG DAN DROPSHIP

 
Kerajaan negeri menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM4.919 juta kepada pemandu teksi, kereta sewa, pemandu bas sekolah, pemandu e-hailing dan penghantar makanan di Johor.


Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, bantuan berkenaan merupakan inisiatif Agenda Johor Berkebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021 di bawah peruntukan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sebagai tanda keprihatian kerajaan negeri membantu golongan itu berhadapan cabaran pandemik Covid-19.






KADAR BANTUAN 

  • Pemandu Teksi & Kereta Sewa : RM500
  • Pemandu bas sekolah : RM500
  • Pemandu e-hailing : RM100
  • Penghantar Makanan : RM100


Pemandu teksi antara golongan paling terjejas kerana ketiadaan penumpang akibat penutupan sempadan Johor-Singapura


Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad menyampaikan bantuan berkenaan kepada wakil daripada Pemandu Teksi Lapangan Antarabangsa Senai, Gabungan Teksi Berdaftar (Gapet), Pemandu Teksi Johor Bahru – Singapura, Pemandu Bas Sekolah Berdaftar, Pemandu E-hailing berdaftar dan Penghantar Makanan Foodpanda/Grab Food/Bungkus It pada majlis ringkas yang diadakan di ruang legar Bangunan Datuk Jaafar Muhammad.

Add comment