Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM telah membangunkan aplikasi Mybayar Saman iaitu suatu kaedah pembayaran saman yang memudahkan dan mempercepatkan orang ramai untuk membayar saman melalui internet dan telefon mudah alih.
Sempena Hari Polis ke 214 tahun 2021, Mybayar Saman telah dilancarkan selaras dengan objektif MYDIGITAL, sebuah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahum 2022.
MATLAMAT MYBAYAR SAMAN
- Mewujudkan alternatif kepada orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding dengan kaedah bayaran sedia ada
- Menuju ke arah ekosistem digital demi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan mudah demi memenuhi ekspektasi orang ramai
DISKAUN SEHINGGA 50%
Bersempena Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi MyBayar Saman, pengguna portal atau aplikasi MyBayar Saman akan menikmati DISKAUN SAMAN 50% sepanjang tempoh berikut:
- 25 Mac 2021 sehingga 11 April 2021
Bayar saman secara online sekarang untuk nikmati diskaun pada tempoh tersebut!
CARA BAYAR SAMAN MELALUI MYBAYAR SAMAN
Portal MyBayar Saman disediakan untuk rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Pengguna baru boleh mengakses ke portal dengan membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu.
Berikut adalah panduan lengkap membuat pendaftaran dan pembayaran saman melalui MyBayar Saman:
1. Portal MyBayar Saman (online)
2. Aplikasi MyBayar Saman
Semoga peluang ini dapat memudahkan orang ramai melunaskan pembayaran saman yang ada!
Add comment