Mediaklik

[MOHON SEKARANG!] PERMOHONAN PENGELUARAN I-CITRA KWSP SEHINGGA RM5,000 MAKSIMUM KEPADA AHLI KWSP BERMULA HARI INI!


PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra dengan 12.6 juta ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Sebelum ini, pihak kerajaan telah melaksanakan program i-Lestari dan i-Sinar untuk membantu rakyat dalam menangani cabaran sepanjang pandemik Covid-19.








TARIKH PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Tarikh permohonan pengeluaran i-Citra KWSP dalam akaun ahli adalah pada : 

  • 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021


HAD PENGELUARAN SIMPANAN I-CITRA

Untuk makluman, seramai 12.6 juta ahli pencarum KWSP yang boleh membuat pengeluaran sebanyak :

  • Sehingga RM5,000 maksimum

Kadar bayaran RM1,000 sebulan selama tempoh 5 bulan (tertakluk kepada jumlah simpanan ahli KWSP)



SYARAT KELAYAKAN

1. Berumur 55 tahun ke bawah termasuklah bukan warganegara dan pemastautin tetap.
2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya minimum RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan. 
3. Telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak untuk memohon namun tertakluk kepada syarat kelayakan 1&2 seperti di atas.




CARA PERMOHONAN I-CITRA

Ahli pencarum boleh membuat permohonan bermula pada 12 julai 2021 menerusi laman web dalam talian i-Citra di :

Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah memastikan bahawa nombor telefon bimbit telah dikemaskini bagi menerima TAC Code dan sila pastikan juga bahawa akaun bank peribadi aktif.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, sila rujuk talian bantuan seperti berikut: 

Add comment