Mediaklik

MOHON BANTUAN KHAS KERAJAAN YANG AKAN DISALURKAN KEPADA PARA USAHAWAN!


Usahawan di Pulau Pinang bakal dilahirkan di bawah Tunai Usahawan Zakat Pulau Pinang anjuran SME Corperation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP). Asnaf terpilih akan dibimbing melalui 3 fasa. Keutamaan akan diberikan kepada penerima bantuan keusahawanan asnaf & peserta bengkel seliaan Zakat Pulau Pinang.

Program TUZ dirangka bagi membantu menaik taraf kehidupan asnaf melalui aktiviti keusahawanan agar mampu menjana pendapatan jangka panjang selain membina daya tahan serta jati diri dalam menjalankan perniagaan.






TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang, MAINPP dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 28 Januari – 4 Februari 2022



PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dijalankan dengan kaedah berikut:

  • Perkongsian maklumat
  • Latihan pembangunan modal insan
  • Pengurusan kewangan
  • Pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang


SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam

2. Berumur di antara 18 – 46 tahun

3. Mempunyai lesen perniagaan SSM (sekurang-kurangnya telah berdaftar selama 6 bulan)

4. Tidak hamil/ dalam tempoh berpantang (pada tarikh tutup permohonan_

5. Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius (Contoh: Alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan)

6. Tidak pernah menjalani pembedahan/ mengalami patah tulang

7. Tiada rekod jenayah/ bankrap/ dalam tindakan mahkamah

8. Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon

9. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta

10. Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang berminat untuk mohon bantuan ditawarkan, sila buat permohona dengan mengisi borang permohonan secara online melalui pautan berikut:



Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang di talian 011 2872 4558.



Add comment