Mediaklik

MOHON BANTUAN KEWANGAN SEHINGAA RM2,700 KEPADA SETIAP ISI KELUARGA B40


Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Jabatan Kebajikan Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) untuk kumpulan sasar JKM memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2,700 sekaligus.





TUJUAN GERAN PELANCARAN JKM

Tujuan Geran Pelancaran oleh JKM diperkenalkan adalah dengan matlamat untuk:
1.Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

2. Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.



KADAR BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM

Kadar Bantuan Geran Pelancaran JKM akan diberikan sebanyak:

  • RM2,700 secara one-off


SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Kumpulan sasar JKM;

3. Penerima bulanan JKM;

4. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU

5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


Bantuan Geran Pelancaran JKM disediakan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja. 



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang merupakan penerima bantuan JKM dan berkelayakan untuk mohon Geran Pelancaran, sila kemukakan permohonan pada bila-bila masa melalui salah satu kaedah berikut:


1. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran; atau

2. Buat permohonan secara online melalui Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM)


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000.

Add comment