Mediaklik

MOHON BANTUAN ELAUN BULANAN SEHINGGA RM1,500 KEPADA SETIAP GRADUAN


Pelancaran Program Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS) 4.0 adalah sejajar dengan strategi kerajaan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak (PCDS) 2030 bagi mempromosikan program latihan industri atau ‘internship’ kepada semua graduan di negeri ini.

GETS 4.0 memainkan peranan penting dalam memupuk kepimpinan digital dan budaya penerapan teknologi pada masa kini bagi setiap graduan. Anak muda terutamanya graduan dipelawa untuk mengambil peluang menerusi agenda digitalisasi di Sarawak.






MATLAMAT GETS 4.0

Matlamat pelaksanaan program GETS 4.0 adalah:

  • Mempromosikan program latihan industri atau ‘internship’ kepada semua graduan di Sarawak
  • Memupuk kepimpinan digital dan budaya penerapan teknologi pada masa kini bagi setiap graduan
  • Menyeru anak muda mengambil peluang menerusi agenda digitalisasi
  • Menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital
  • Tumpuan khusus dari segi kecekapan digital melalui latihan pekerjaan dalam usaha mencapai status Revolusi Industri 4.0



KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan graduan mengikuti latihan melalui program GETS 4.0 adalah:

  • 12 bulan On-The-Job Training dengan kerajaan, GLC, Private Agency
  • Elaun bulanan RM1,500
  • Latihan Soft Skills disediakan


SYARAT KELAYAKAN

1. Merupakan warganegara Malaysia dan rakyat negeri Sarawak

2. Graduan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau Ijazah Sarjana (Master)

3. Berumur 23 hingga 35 tahun

4. Tamat pengajian dengan CGPA 2.6 dan ke atas




BIDANG LATIHAN


1. Design thinking

2. Project Management

3. Business Intelligence

4. Communication Excellence



CARA PENDAFTARAN

Kepada individu yang berminat untuk sertai latihan industri dan bina kerjaya melalui program GETS 4.0, sila buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online melalui pautan berikut:




Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh 3 bulan selepas permohonan, anda boleh buat permohonan bagi pengambilan seterusnya.


Kerajaan negeri Sarawak menjangkakan bahasa budaya bekerja dari rumah dan jadual kerja yang fleksibel akan menjadi pilihan dalam peringkat endemik Covid-19. Justeru, organisasi perlu memberikan lebih banyak latihan berkenaan teknologi untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya kerja baharu dalam mengekalkan produktiviti.

Add comment