Mediaklik

MOHON BANTUAN KEWANGAN KHAS UNTUK SEMUA GOLONGAN B40 & PKS


Satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan ilmu pengetahuan dan perkhidmatan kewangan digital khususnya kepada komuniti B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro.

eBerkat adalah satu platform yang memudahkan orang ramai terutamanya usahawan mahupun peniaga dan golongan B40 untuk memohon sebarang bantuan kewangan.





PEMBIAYAAN MIKRO UNTUK USAHAWAN MIKRO

Pembiayaan Mikro untuk usahawan mikro seperti Mak Cik Kiah untuk mengembangkan perniagaan makanan sejuk-beku beliau.

Faedah yang boleh didapati oleh para usahawan mikro dan peniaga kecil sederhana lain seperti Mak Cik Kiah melalui Pembiayaan Mikro adalah :

  • Menyediakan modal untuk PKS.
  • Membuka peluang kepada PKS yang tidak mempunyai akses ke sumber kewangan tradisional seperti bank.


PERLINDUNGAN INSURAN MIKRO

Perlindungan Insurans Mikro dapat membantu individu seperti Adik Faiz yang bekerja sebagai pemandu servis penghantaran makanan.

Faedah yang boleh didapati oleh pemegang insurans mikro adalah:

  • Perlindungan insurans bertempoh terhad (contoh: perjalanan, acara, dll.)
  • Harga berpatutan kerana premium adalah berdasarkan keperluan.


PELABURAN PINTAR UNTUK MASA HADAPAN

Platform pelaburan ini dapat membantu individu seperti Pak Abu untuk memperolehi pendapatan pasif atau bagi simpanan hari tua.

Faedah yang boleh didapati oleh pelabur adalah :

  • Membolehkan pengguna menyimpan sejumlah kecil wang secara berkala.
  • Membuka halangan tradisional pelaburan (Contoh: akaun minimum pembrokeran, pendapatan dan aset terhad, dll.)


CARA PERMOHONAN eBerkat

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan bantuan kewangan, sila layari portal eBerkat melalui laman web berikut :



MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Fintech & Islamic Digital Economy Division,Malaysia Digital Economy Corporation(MDEC) Sdn Bhd,2360 Persiaran APEC,63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan

Hubungi

1-800-88-8338 (Malaysia)
+6 03 8315 3000 (Antarabangsa)
+6 03 8315 3115 (Fax)


Taip MDEC ASK [alamat email anda] [pertanyaan anda] dan hantar ke 15888 atau email kepada clic@mdec.com.my .

Add comment