Mediaklik

MOHON BANTUAN KERAJAAN SELAMA 4 BULAN KEPADA PEKERJA SELURUH MALAYSIA


Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Kerajaan juga telah bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 4.0. 






KADAR BANTUAN PSU 4.0

Kadar bantuan PSU 4.0 selama tempoh 4 bulan akan diberikan sebanyak :

  • RM600 setiap pekerja



SYARAT PERMOHONAN 

Syarat permohonan Program Subsidi Upah 4.0 adalah seperti berikut :

  • TIADA HAD GAJI ditetapkan
  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas
  • Seramai 500 pekerja bagi setiap majikan



CARA PERMOHONAN

Kepada majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0, sila ikuti langkah-langkah tersebut :


1. Sila layari laman web berikut untuk membuat permohonan : prihatin.perkeso.gov.my

2. Sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi, majikan akan menerima No. Rujukan untuk menyemak status permohonan

3. Senarai nama majikan yang diluluskan bayaran PSU 4.0 termasuk bilangan pekerja yang diluluskan, boleh disemak di : myfuturejobs.gov.my


Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu.

Add comment